Cari:
Talian Bantuan Kecemasan Maritim China-Kemboja Beroperasi
2017-11-01 14:40:14 CRI Cetak

Talian hangat bantuan kecemasan maritim yang dikendalikan bersama oleh China dan Kemboja mula beroperasi secara rasmi semalam.

Menerusi talian itu, agensi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua negara akan menyediakan khidmat sokongan kepada misi SAR dan respons kecemasan lain di laut secara audio dan video, 24 jam sehari.

Turut dilancarkan serentak dengan talian itu ialah sebuah platform maklumat SAR maritim China-ASEAN.

Dalam pada itu, Pusat Maklumat Trafik China telah mencapai perjanjian dengan Sekretariat Negara Kemboja untuk Penerbangan Awam serta Kementerian Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Laos untuk membuka talian hangat bantuan kecemasan maritim dan penerbangan.

Ini merupakan satu kemajuan besar bagi projek talian hangat bantuan kecemasan maritim yang melibatkan China dan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China