Cari:
Wang Yi Bertemu TPM Vietnam
2017-11-03 15:22:27 CRI Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi menemui Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh di Hanoi semalam.

Wang Yi berkata, lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam yang dijadualkan pada tempoh mesyuarat tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) nanti akan menetapkan panduan bagi pembangunan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Wang sambil menyatakan China menyokong Vietnam menganjurkan mesyuarat APEC tersebut, turut melahirkan harapan agar mesyuarat itu memangkinkan keterbukaan ekonomi antarabangsa, memelihara sistem perdagangan pelbagai hala, menggalakkan proses pembinaan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik dan mengeluarkan isyarat positif kepada dunia.

Pham Binh Minh berkata, Vietnam menghargai hubungan persahabatan dengan China, akan berusaha sedaya upaya menjayakan mesyuarat itu, yang diyakini akan menyumbang kepada usaha menggalakkan integrasi ekonomi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China