Cari:
Xi Jinping Bakal Hadir Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC
2017-11-03 10:40:34 CRI Cetak

Atas undangan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, Presiden China, Xi Jinping akan bertolak ke Da Nang untuk menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-25 pada 10 hingga 11 November nanti.

Selepas sidang itu berakhir, Presiden Xi akan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam dan Laos bermula 12 hingga 14 November.

Lawatan itu dijalankan atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng dan Presiden Tran Dai Quang, serta Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos yang juga Presiden Laos, Bounngang Vorachith.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China