Cari:
Forum Kemuncak Ekonomi Asia-Pasifik Fokuskan Inisiatif B&R
2017-11-05 15:32:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Unsur-unsur sejarah dan budaya patut diberi keutamaan yang sama dengan sektor ekonomi dan perdagangan dalam proses pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Asal-usul sejarah dan budaya yang dipunyai negara-negara terlibat dalam inisiatif B&R perlu dikaji semula demi merapatkan jurang perbezaan pendapat antara rantau di dunia.

Demikian anggapan bekas Menteri Pengangkutan Malaysia, Ong Tee keat ketika berucap dalam Forum Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pasifik ke-19 yang diadakan di Taierzhuang, provinsi Shandong pada 4 November lalu.

Huang Jiannan, bekas Naib Setiausaha Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang turut hadir forum kali ini berkata, sebanyak 20% hingga 30% entiti ekonomi di benua Eruasia telah meningkatkan kesalinghubungan berikutan pelaksanaan inisiatif B&R. Hal ini amat signifikan bagi memajukan pertumbuhan ekonomi global.

Forum kali ini diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh perantau China, sarjana, wakil perusahaan dari Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, AS, Australia, Bratin, Switzerland, Bulgaria dan Czech yang berhasrat untuk bersama-sama membincangkan hala tuju perkembangan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China