Cari:
Wang Yi Bertemu Pemimpin Vietnam
2017-11-06 13:05:04 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menemui Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (PKV), Nguyen Phu Trong dan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc di Hanoi pada 3 November lalu.

Kedua-dua pemimpin Vietnam itu telah menyampaikan tahniah atas kejayaan Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), dan menyatakan bahawa Vietnam akan menimba pengalaman PKC untuk menjayakan pembangunan sosialisme sendiri.

Vietnam amat mementingkan lawatan rasmi Xi Jinping serta kehadiran beliau ke sidang tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di negara itu.

Lawatan Xi ini merupakan yang pertama selepas kongres PKC tersebut. Kata Wang Yi, hal ini memperlihatkan betapa signifikannya hubungan dengan Vietnam dilihat dari perspektif China.

Beliau berharap lawatan Xi ini dapat meningkatkan kesalingpercayaan politik dan komunikasi strategik antara China dan Vietnam, serta mendorong perkongsian strategik China-Vietnam agar merapatkan hubungan kedua-dua parti dan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China