Cari:
Tiga Fokus Utama Sidang APEC Da Nang
2017-11-07 14:25:00 CRI Cetak

Minggu persidangan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dirasmikan di Da Nang, Vietnam semalam. Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pemimpin ke-25 APEC yang dianggap acara utama sepanjang minggu persidangan ini, akan berlangsung pada 10 hingga 11 November.

Penganalisis berpendapat, bagaimana menggalakkan kesalinghubungan, mengekalkan haluan terbuka di Asia Pasifik, dan merangka visi pembangunan kerjasama selepas tahun 2020, merupakan tiga fokus utama sidang tersebut.

Sejak China menyarankan pembangunan kesalinghubungan seluruh rantau Asia Pasifik semasa Persidangan Bali pada tahun 2013, matlamat tersebut telah menjadi konsensus para anggota APEC.

Jumlah perdagangan dan output ekonomi Asia Pasifik menduduki separuh jumlah sejagat, maka sama ada rantau ini dapat mengekalkan haluan pembangunan secara terbuka amat penting bagi ekonomi global. Sidang APEC kali ini diharap dapat mengeluarkan isyarat positif untuk menjamin sistem perdagangan pelbagai hala.

Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Alan Bollard menyatakan bahawa terdapat banyak perjanjian perdagangan antara anggota APEC pada masa ini. Beliau berharap integrasi dapat diwujudkan antara perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China