Cari:
Minggu Sidang Pemimpin APEC Bermula
2017-11-07 11:21:52 CRI Cetak

Minggu persidangan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017 dirasmikan di Da Nang, Vietnam semalam.

Dengan tema "mewujudkan penggerak baharu demi mencipta masa depan", minggu persidangan ini akan memfokuskan kerjasama dalam empat bidang, iaitu inovasi yang berterusan dan pertumbuhan inklusif, integrasi ekonomi serantau, daya saing syarikat mikro, kecil dan sederhana pada era digital, serta keselamatan makanan dan pertanian lestari.

Selain sidang Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mesyuarat pegawai-pegawai kanan dan menteri, serta Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif APEC (CEO Summit) juga akan diadakan dalam tempoh minggu persidangan ini. Sidang tidak rasmi pemimpin APEC yang menjadi tumpuan semua, akan diadakan pada 10 hingga 11 November.

Timbalan Menteri Luar yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya APEC Vietnam, Bui Thanh Son menyatakan bahawa pihaknya telah membuat persiapan rapi untuk memastikan siri persidangan kali ini diadakan dengan jayanya.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong pula berkata, China berharap sidang ini dapat mencapai hasil yang menggalakkan. China akan bersama dengan negara-negara terlibat untuk mendorong perkembangan APEC demi kemakmuran Asia Pasifik malah seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China