Cari:
China Gesa Anggota APEC Tingkatkan Integrasi Ekonomi Serantau
2017-11-08 11:06:30 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) 2017 diadakan di Da Nang, Vietnam malam semalam.

Kira-kira 150 perwakilan menghadiri sidang kemuncak ini.

Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen menyatakan bahawa para anggota APEC telah mencapai kemajuan besar dalam usaha mewujudkan integrasi ekonomi serantau sepanjang tempoh 20 tahun lalu.

Tarif produk diturunkan lebih 50%, manakala jumlah perdagangan meningkat empat kali ganda, satu perkembangan yang berfaedah kepada pertumbuhan ekonomi rantau ini.

Berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi dunia yang masih lemah pada masa ini dan perdagangan perlindungan semakin meningkat, Asia Pasifik mempunyai kemampuan dan tanggungjawab untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia secara mapan dan berterusan.

Para anggota APEC perlu berusaha bersama-sama demi memelihara peraturan dan kewibawaan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), meningkatkan integrasi ekonomi serantau serta membuat sumbangan lebih besar kepada perjanjian perdagangan serantau dan perjanjian perdagangan bebas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China