Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN, Asia Timur Dirasmikan
2017-11-10 11:33:49 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN dan siri Sidang Pemimpin Kerjasama Asia Timur dirasmikan di Manila, Filipina hari ini. Pemimpin dari lebih 20 buah negara dan pertubuhan antarabangsa termasuk negara-negara ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia menghadiri siri persidangan ini.

Dengan tema "mendakap perubahan, integrasi dengan dunia", persidangan tahun ini memfokuskan integrasi ekonomi serantau, kerjasama antikeganasan dan keselamatan serantau, kerjasama China-ASEAN dan lain-lain. Inisiatif China untuk menggalakkan kerjasama Asia Timur dan membina komuniti berkongsi nasib Asia, menjadi tumpuan perhatian antarabangsa.

Mesyuarat pemimpin kali pertama selepas rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimulakan juga akan diadakan sempena siri sidang pemimpin Asia Timur kali ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Filipina, antikeganasan antara fokus Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam persidangan ini. Filipina, Malaysia dan Indonesia telah mengadakan rondaan bersama di laut dan udara masing-masing pada bulan Jun dan Oktober lalu.

Dalam pada itu, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN dan ulang tahun ke-20 bagi kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3). Manakala, tahun depan merupakan ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan perkongsian straregik China-ASEAN.

Dalam persidangan ini, China dan negara ASEAN dijangka mencapai kemajuan baharu dalam rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China