Cari:
Dialog Pemimpin APEC dan ASEAN
2017-11-10 23:52:20 CRI Cetak

Dialog pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan ASEAN telah diadakan di Da Nang, Vietnam petang tadi.

Para pemimpin mengadakan perbincangan mengenai topik "bekerjasama meneroka penggerak baharu, membina Asia Pasifik yang saling hubung dan berintegrasi".

Presiden China Xi mengemukakan tiga cadangan tentang kerjasama antara APEC dengan ASEAN.

Pertama, berusaha bersama-sama menggalakkan integrasi ekonomi serantau.

Kedua, berusaha bersama-sama menggalakkan kesalinghubungan.

Ketiga, berusaha bersama-sama menggalakkan pembangunan inklusif dan berterusan.

Tegas beliau, China dan ASEAN antara rakan strategik yang saling mempercayai, saling memahami, saling menguntungkan dan saling membantu. China menyokong pembinaan komuniti ASEAN dan kedudukan peneraju ASEAN di rantau ini. China akan terus menyelaraskan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dengan strategi pembangunan ASEAN, mewujudkan hubugan perkongsian strategik China-ASEAN yang bertahap lebih tinggi dan membina komuniti berkongsi nasib dengan ASEAN yang lebih rapat, demi mendinamik pembangunan dan kemakmuran bersama di rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China