Cari:
Kerjasama dengan China Bantu Ekonomi Laos
2017-11-13 11:48:39 CRI Cetak

Pelaburan China membantu memacu pertumbuhan sosioekonomi Laos selain meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.

Demikian kata Menteri Industri dan Perdagangan Laos yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Laos-China, Khemmany Pholsena dalam temu bual bersama CRI menjelang lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Laos.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Laos dan China mencapai banyak hasil penting beberapa tahun lalu. China merupakan sumber pelaburan asing terbesar dan rakan dagang kedua terbesar bagi Laos.

Jumlah perdagangan antara Laos dan China bagi setengah pertama tahun ini mencecah USD1.5 bilion (RM6.3 bilion), meningkat 23.5% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Khemmany berkata, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan Presiden Xi mendapat sambutan baik masyarakat antarabangsa.

China dan Laos sedang merangka rancangan kerjasama jangka pendek, sederhana dan panjang berorientasikan inisiatif itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China