Cari:
China Saran Rangka Visi 2030 Perkongsian Strategik dengan ASEAN
2017-11-13 20:42:52 CRI Cetak

Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-20 diadakan di Filipina petang tadi.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam ucapan pada sidang kemuncak itu berkata, hubungan ASEAN-China adalah yang paling dinamik dan bervariasi antara ASEAN dengan rakan-rakan dialognya.

China antara pihak yang paling awal menganggotai Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan Asia Tenggara (TAC) serta menjalinkan perkongsian strategik dan memulakan rundingan kawasan perdagangan bebas dengan ASEAN.

Persahabatan sesama tetangga serta penyelesaian isu-isu sensitif melalui rundingan membolehkan hubungan kedua-dua pihak sentiasa melangkah ke hadapan mengikut hala tuju yang tepat.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-15 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN.

PM Li berkata, kedua-dua pihak perlu menggariskan rancangan untuk perkembangan hubungan dua hala bagi jangka panjang dan sederhana.

Sehubungan dengan itu, China mengemukakan saranan untuk merangka Visi 2030 Perkongsian Strategik China-ASEAN, dan menaiktarafkan "rangka kerjasama 2+7" kepada "rangka kerjasama 3+X".

Visi ini menyasarkan rangka kerjasama baharu yang berpaksikan tiga tonggak utama, iaitu politik dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta interaksi sosiobudaya, dan didukung oleh kerjasama holistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China