Cari:
China, ASEAN Mula Bincang Dokumen CoC
2017-11-13 21:26:28 CRI Cetak

Komitmen China memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan, serta menyelesaikan pertikaian kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim dengan negara-negara yang langsung terbabit melalui rundingan, tidak akan berubah.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap pada Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-20 yang diadakan di Filipina petang tadi.

Dalam sidang kemuncak itu, Li turut mengumumkan bahawa China dan ASEAN akan memulakan perbincangan mengenai dokumen Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Kata beliau, rundingan berhubung CoC itu diharap membantu meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara semua pihak terlibat.

Usaha perlu dilakukan agar CoC dimuktamadkan seawal mungkin dan dijadikan penstabil bagi kedamaian Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China