Cari:
Xi Bertemu Presiden Laos
2017-11-14 11:25:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Laos bersetuju meningkatkan pertukaran dan perkongsian pengalaman, di samping menggalakkan pembaharuan.

Kedua-dua pihak akan terus menyemarakkan semangat jiran, sahabat, komrad dan rakan kongsi baik, memperkukuh persahabatan tradisional, sekali gus melonjakkan perkongsian strategik komprehensif yang stabil dan berpanjangan ke tahap baharu.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping dengan Bounnhang Vorachith, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden negara itu, di Vientiane semalam.

Xi memuji Laos yang menempuh jalan sosialis bercirikan sendiri dan pencapaiannya dalam pembangunan sosioekonomi.

Beliau yakin bahawa di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat LPRP yang berteraskan Bounnhang, Laos nescaya mencapai kemajuan lebih besar dalam pembaharuan negara.

Bounnhang menilai tinggi pemaktuban pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu dalam Piagam PKC.

Beliau yakin bahawa di bawah pimpinan Xi Jinping, rakyat China akan terus mara ke arah mewujudkan matlamat "dua seratus tahun".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China