Cari:
Xi: Ganding Bahu Bina Komuniti Kongsi Nasib China-Laos
2017-11-14 11:39:47 CRI Cetak

Karangan bertajuk "Ganding Bahu Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Laos" yang ditulis Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan rasminya ke Laos, diterbitkan beberapa akhbar tempatan.

Xi dalam karangan itu menyatakan bahawa sejak terjalinnya ikatan diplomatik, hubungan antara kedua-dua negara berjaya mengharungi ujian seiring perubahan zaman dan situasi antarabangsa.

Pada era baharu ini, persahabatan kedua-dua negara semakin kukuh dan dinamik.

Perkongsian strategik komprehensif terus berkembang, pertukaran lawatan peringkat tinggi semakin rancak, manakala rasa saling mempercayai dari segi politik semakin kukuh.

Sementara itu, penyelarasan strategi pembangunan turut dipercepat, sedangkan kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya kian erat.

Hubungan China-Laos telah menjadi teladan kejiranan baik dan kerjasama holistik dalam hubungan antara China dengan negara-negara sekitarnya.

Xi menanti-nantikan pertemuan dengan rakan-rakan baharu dan lama di Laos untuk mengimbas persahabatan selama ini, sambil membincangkan agenda pembangunan demi masa depan lebih cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China