Cari:
PM Li: Galak Pembinaan EAEC
2017-11-14 14:31:01 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menegaskan perlunya mempercepat pembinaan Komuniti Ekonomi Asia Timur (EAEC), dalam Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-20 di Manila pagi tadi.

Li menyatakan bahawa Asia Timur muncul sebagai salah satu rantau yang paling dinamik dan berpotensi selepas berjaya mengharungi dua krisis kewangan.

Rantau ini menyumbang 44% pertumbuhan ekonomi dunia tahun lalu.

Membentuk EAEC, antara sasaran kerjasama 10+3, sesuai dengan kepentingan jangka panjang dan asas rakyat seluruh rantau.

Menurut beliau, dengan latar belakang ekonomi dunia baru mula pulih serta bangkitnya retorik antiglobalisasi dan amalan perlindungan perdagangan, semua pihak perlu bersatu tenaga untuk menggalakkan pembinaan EAEC hingga menjadikan rantau ini penjana utama pemulihan ekonomi dunia.

China menekankan pentingnya EAEC dibina menepati tujuan asalnya, iaitu menggalakkan integrasi ekonomi serantau serta mewujudkan pembangunan bersepadu dan bersama.

Dalam pada itu, dua prinsip perlu dipegang, iaitu mengekalkan kedudukan utama ASEAN serta "model ASEAN" yang berteraskan konsensus dicapai melalui rundingan, terbuka, inklusif dan sesuai dengan semua.

Kerjasama 10+3 harus diutamakan, dengan dilengkapi kerjasama subkawasan termasuk China-Jepun-Korea Selatan, Lancang-Mekong (LMC) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA), bagi membolehkan pembinaan EAEC kekal sihat, stabil dan lestari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China