Cari:
Peniaga China, Singapura Bincang Peluang Dibawa B&R
2017-11-14 14:36:10 CRI Cetak

Forum Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan China-Singapura anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) diadakan di Singapura semalam.

Lebih 200 usahawan membincangkan peluang perniagaan yang dibawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Ketua CCPIT, Jiang Zengwei menyatakan bahawa Singapura selaku hab perdagangan, logistik dan kewangan antarabangsa di Asia Pasifik, adalah nadi dan platform penting dalam pembangunan B&R.

China dan Singapura dapat saling melengkapi dan meneroka mod kerjasama baharu. 

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, Low Yen Ling pula menyatakan bahawa B&R ditetapkan sebagai komponen penting kerjasama bilateral dan kedua-dua pihak telah pun menandatangani memorandum persefahaman berkenaan.

Syarikat kedua-dua negara disarankan merebut peluang yang dibawa B&R untuk bersama-sama meneroka pasaran Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China