Cari:
Xi Temu Bekas Presiden Laos
2017-11-14 14:43:43 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan bekas Presiden Laos, Choummaly Sayyasone di Vientiane semalam.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memuji sumbangan Choummaly dalam mengembangkan hubungan persahabatan China-Laos sepanjang sepuluh tahun beliau menjawat jawatan pemimpin tertinggi Laos.

Xi menegaskan bahawa Kongres Kebangsaan ke-19 PKC bulan lepas membuahkan hasil penting, yang membantu membentuk hubungan antarabangsa model baharu serta komuniti berkongsi nasib China-Laos.

Choummaly, yang dahulunya Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), menganggap lawatan Xi Jinping ke Laos amat bermakna bagi hubungan bilateral.

Laos komited merancakkan pertukaran dan kerjasama dengan China, serta memperdalam perkongsian strategik komprehensif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China