Cari:
Konsensus Penting B&R Dicapai
2017-11-14 17:58:12 CRI Cetak

Hasil lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam, persepakatan dicapai untuk menyelaraskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan pelan "dua koridor, satu lingkaran" Vietnam.

Konsensus serupa turut dicapai untuk menyepadukan B&R dengan strategi kesalinghubungan darat Laos, semasa lawatan Xi ke negara berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar hari ini menyatakan bahawa inisiatif B&R dikemukakan untuk menggalakkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan, meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi dan strategi pembangunan demi kemakmuran bersama.

China bersedia berusaha bersama-sama Vietnam, Laos dan negara-negara lain yang mempunyai aspirasi sama untuk menjayakan B&R bagi membawa limpahan faedah kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China