Cari:
Enam Saranan Galak Kerjasama 10+3
2017-11-14 20:12:23 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengemukakan enam saranan bagi menggalakkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), dalam Sidang Kemuncak 10+3 ke-20 di Manila pagi tadi.

Saran Li, usaha harus dilakukan untuk memudahkan serta meningkatkan tahap kebebasan perdagangan, mewujudkan pasaran tunggal secara berperingkat; meningkatkan kerjasama kapasiti pengeluaran dan pelaburan, membentuk rantaian industri yang saling menguntungkan; meningkatkan kerjasama infrastruktur, mewujudkan jaringan kesalinghubungan.

Selain itu, memperdalam kerjasama kewangan, mengekalkan kestabilan kewangan serantau; meningkatkan kerjasama pembangunan lestari, membina pola pembangunan serantau yang seimbang dan inklusif; merancakkan pertukaran sosiobudaya, memupuk kesedaran komuniti.

Saranan tersebut disambut baik para pemimpin lain, yang menilai tinggi sumbangan mekanisme kerjasama 10+3 terhadap pembangunan sosioekonomi serantau.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China