Cari:
China Komited Jamin Kebebasan Pelayaran dan Penerbangan
2017-11-14 20:49:42 CRI Cetak

Perdana Menteri Li Keqiang menegaskan semula komitmen China untuk menjamin kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan, dalam Sidang Kemuncak Asia Timur ke-12 yang diadakan di Manila petang tadi.

Beliau menyatakan bahawa Laut China Selatan yang tenang menguntungkan semua, sebaliknya yang bergolak hanya akan mendatangkan rugi.

China, selaku negara terbesar di pesisir Laut China Selatan dan pengguna utama laluan pelayarannya, lagi mahu melihat perairan berkenaan aman, stabil dan dapat dilayari kapal secara bebas.

Kata Li, melalui usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan kian stabil.

Pihak-pihak terlibat kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian, manakala hubungan antara negara berkenaan terus dibaiki.

Pemimpin China dan ASEAN semalam mengumumkan secara rasmi bahawa rundingan berhubung dokumen Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan akan dimulakan.

Hal ini memperlihatkan hasrat bersama negara-negara serantau untuk menyelesaikan pertikaian melalui dialog demi kedamaian dan kestabilan di perairan tersebut.

Negara-negara di rantau ini mempunyai keyakinan, kebijaksanaan dan kemampuan untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara baik hingga menjadikannya laut yang damai, muhibah dan bersifat bekerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China