Cari:
Prospek Kerjasama ASEAN-China Cerah
2017-11-14 15:19:57 CRI Cetak

ASEAN dan China, rakan kongsi strategik paling penting bagi satu sama lain di rantau ini, memiliki prospek kerjasama yang amat cerah.

Demikian ujar Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh dalam temu bual bersama wartawan China baru-baru ini.

Menurut beliau, ASEAN dan China telah menjalin kerjasama strategik yang holistik lagi mendalam melibatkan tiga tonggak utama, iaitu politik dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan, dan pertukaran sosiobudaya.

ASEAN dan China menyasarkan jumlah perdagangan bilateral mencecah USD1 trilion (RM4.2 trilion) menjelang 2020, manakala pelaburan dua hala USD150 bilion (RM629 bilion).

Tambah beliau, ASEAN dan China akan memulakan rundingan tentang dokumen Kod Tatalaku(CoC) di Laut China Selatan.

Kedua-dua pihak diharap mengambil peluang ini untuk meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan demi keamanan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China