Cari:
Xi Temu Lagi Presiden Laos
2017-11-15 11:28:16 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping bertemu lagi dengan Bounnhang Vorachith, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden negara itu, di Vientiane semalam.

Xi menyatakan bahawa lawatan rasminya di Laos agak singkat namun berhasil, serta mengucapkan terima kasih atas keramahan tuan rumah.

Hasil pertemuan Xi dengan pemimpin dan tokoh pelbagai lapisan masyarakat Laos, persepakatan dicapai bagi memperkukuh hubungan bilateral termasuk perkongsian strategik komprehensif.

Bounnhang pula menyatakan bahawa LPRP dan seluruh negara Laos meletakkan harapan tinggi terhadap prospek hubungan dengan China.

Laos bersedia bersama-sama China melaksanakan konsensus dicapai dalam lawatan Xi, dan mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan penandatanganan perjanjian kerjasama dalam situasi baharu antara kementerian luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China