Cari:
Li: Buka Lembaran Baharu Kerjasama Asia Timur
2017-11-15 14:04:47 CRI Cetak

Perdana Menteri Li Keqiang melahirkan kesediaan China bergabung tenaga dengan negara-negara serantau untuk membuka lembaran baharu kerjasama Asia Timur, semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-12 di Filipina semalam.

Li dalam ucapannya menegaskan bahawa kedamaian, kestabilan dan kemajuan ekonomi di Asia Timur dicapai dengan susah payah, maka perlu dihargai.

Saran Li, usaha perlu dilakukan untuk mempercepat integrasi serantau, serta penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC) 2025, penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), rundingan perjanjian perdagangan bebas China-Jepun-Korea Selatan dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Selain itu, mendorong pembangunan lestari, menggalakkan pembangunan sosiobudaya, meningkatkan kesiagaan bersama terhadap ancaman keselamatan bukan konvensional, menginovasi konsep keselamatan, dan menyempurnakan kerangka keselamatan serantau demi kerjasama lebih kukuh di bawah rangka kerja EAS.

Para pemimpin bersependapat bahawa EAS selaku forum strategik serantau penting, patut dimanfaatkan untuk meningkatkan rasa saling mempercayai, keterbukaan, liberalisasi perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan, momentum pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Berdepan pelbagai ancaman keselamatan termasuk keganasan dan ketegangan di sesetengah kawasan, semua pihak perlu meningkatkan komunikasi dan kerjasama demi keselamatan berkekalan.

Kini situasi di Laut China Selatan semakin stabil, manakala hubungan antara negara berkenaan terus dibaiki dan kerjasama maritim kian kukuh.

Para pemimpin mengalu-alukan rundingan dokumen Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan antara China dengan ASEAN dimulakan.

Pada hari yang sama, PM Li dan para pemimpin dari ASEAN, Korea Selatan, Jepun, India, Australia dan New Zealand turut menghadiri mesyuarat RCEP.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China