Cari:
Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung Baharu ASEAN
2017-11-15 12:56:29 CRI Cetak

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei, Dato Paduka Lim Jock Hoi akan menyandang jawatan Setiausaha Agung ASEAN tahun depan, menggantikan Le Luong Minh yang tamat penggalnya hujung tahun ini.

Demikian diumumkan oleh Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, pengerusi bergilir ASEAN tahun depan, semasa penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 semalam.

PM Lee mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dibuat Le Luong Minh, sambil menyatakan kesediaan Singapura bekerjasama dengan semua pihak untuk menjayakan komuniti ASEAN.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China