Cari:
Singapura, HK Bina Rangkaian Dagang Global
2017-11-16 11:32:38 CRI Cetak

Pihak berkuasa kewangan Singapura dan Hong Kong China semalam memeterai memorandum persefahaman untuk bekerjasama membina Rangkaian Kesalinghubungan Perdagangan Global (GTCN), termasuk platform perdagangan rentas sempadan dengan menggunakan Distributed Ledger Technology (DLT).

GTCN merupakan program pertama sejak kedua-dua pihak menjalin kerjasama teknologi kewangan bulan lalu, bertujuan memacu pendigitalan perdagangan dan pembiayaan.

Melalui GTCN, saluran perkongsian maklumat antara platform perdagangan Hong Kong dan Singapura akan disambungkan, sekali gus menurunkan kos serta meningkatkan keselamatan dan keefisienan.

Kedua-dua pihak berharap mod operasi dan butiran teknikal GTCN dapat dimuktamadkan pada suku pertama tahun depan bagi membolehkan rangkaian itu beroperasi pada awal 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China