Cari:
Dua Program Bantuan China kepada Filipina Dilancar
2017-11-16 14:38:37 CRI Cetak

Program bantuan China kepada Filipina melibatkan pembinaan dua jambatan dan dua pusat pemulihan dadah, dilancarkan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte petang semalam.

Dua jambatan di Sungai Pasig itu akan meringankan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Manila, manakala dua pusat pemulihan dadah di pulau Mindanao mampu menyediakan rawatan untuk 300 orang secara serentak.

Kerajaan Filipina menyampaikan ucapan terima kasih atas bantuan China, sambil menyifatkan program tersebut simbol persahabatan di kalangan rakyat, yang dapat membantu Filipina mewujudkan pembangunan inklusif.

PM Li pula menyatakan bahawa ruang kerjasama pragmatik dan saling menguntungkan antara China dan Filipina amat luas.

Kedua-dua pihak perlu meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang-bidang berkaitan kehidupan rakyat serta infrastruktur demi manfaat semua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China