Cari:
Pelancong China ke Filipina Terus Meningkat
2017-11-16 14:44:03 CRI Cetak

Jumlah pelancong China ke Filipina terus meningkat pesat, dengan lebih 1 juta dijangka berkunjung sepanjang tahun ini, sekali gus menjadikan China sumber pelancong kedua terbesarnya menggantikan AS.

Seiring dengan pemulihan hubungan bilateral, Filipina menyaksikan pertumbuhan pesat jumlah pelancong China sejak suku keempat tahun lalu.

Setakat ini, 16 bandar di China telah membuka laluan penerbangan terus ke Filipina.

Filipina pula memperkenalkan dasar visa semasa ketibaan (VOA) untuk pelancong China dan memperpanjangkan tempoh singgah pelancong China kepada 30 hari.

Untuk menarik kedatangan lebih banyak pelancong China, Filipina akan merancakkan kempen promosi di bandar-bandar kecil dan sederhana di China, selain meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan.

Menurut statistik, dalam lapan bulan pertama tahun ini, lebih 640 ribu pelancong China berkunjung ke Filipina, iaitu 14.4% keseluruhan pelancong asing ke negara itu.

Pada masa ini, China adalah sumber pelancong ketiga terbesar bagi Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China