Cari:
Tahun Pelancongan Thailand 2018 Dilancarkan
2017-11-16 13:58:50 CRI Cetak

Tahun Pelancongan Thailand 2018, yang dijadualkan berlangsung November ini hingga 1 Januari 2019, telah dilancarkan semalam.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul dalam upacara pelancaran itu memaklumkan bahawa siri aktiviti promosi bakal diadakan bagi menonjolkan kelebihan sektor pelancongan Thailand dari segi sukan, makanan, kapal persiaran, perubatan dan rekreasi.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragorn pula berkata, perkembangan industri pelancongan Thailand adalah lebih pesat daripada jangkaan.

Kedatangan pelancongan asing, khususnya dari China, memacu pertumbuhan industri tersebut.

Thailand sedang merancang kerjasama dengan pembekal insurans untuk memperluas liputan bagi pelancong asing.

Pelancong China akan menjadi kumpulan pertama yang dapat menikmati perkhidmatan baharu itu.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China