Cari:
Mesyuarat Menteri Luar ASEM ke-13
2017-11-17 17:14:06 CRI Cetak

Mesyuarat menteri-menteri luar Asia-Eropah (ASEM FMM) ke-13 bakal diadakan di Naypyitaw, Myanmar pada 20 hingga 21 November nanti.

Menteri Luar China, Wang Yi akan mengetuai delegasi ke mesyuarat tersebut atas undangan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa Wang Yi akan membentangkan pandangan dan saranan China mengenai situasi antarabangsa dan serantau, kerjasama kesalinghubungan Asia-Eropah serta isu-isu hangat lain.

Wang dijadualkan bertemu dengan ketua delegasi lain dalam usaha menggalakkan penjalinan perkongsian antara benua.

Beliau akan menekankan pentingnya sinergi untuk menangani cabaran dan menyuntik momentum baharu kepada kerjasama dua benua itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China