Cari:
Filipina Gembira Hubungan dengan China Masuk Era Baharu
2017-11-17 17:15:32 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengadakan lawatan rasmi ke Filipina pada 15 hingga 16 November lalu. Ini merupakan lawatan pertama pemimpin China ke negara tersebut selang sepuluh tahun.

Tokoh-tokoh tempatan turut melahirkan rasa gembira melihat hubungan Filipina-China mengorak langkah ke era baharu.

Utusan khas Presiden Filipina bagi hal ehwal China, Carlos Chan menyatakan bahawa persahabatan antara Filipina dan China terjalin sekian lama. Presiden Rodrigo Duterte sendiri pun menganggap China sahabat baik.

Komitmen China untuk terus menempuh jalan pembangunan secara damai, menggalakkan pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan membantu memajukan infrastruktur di Filipina, amat kondusif bagi perkembangan hubungan bilateral.

Presiden Persekutuan Persatuan Filipina-China, Peter Chua yakin, melalui usaha bersama pemimpin dan rakyat kedua-dua negara, ikatan bilateral pasti semakin kukuh.

Masyarakat Cina tempatan juga bersedia menjadi jambatan untuk menyelaraskan komunikasi antara pihak-pihak terlibat dalam pembinaan B&R di Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China