Cari:
Pusat Kebudayaan China Bangkok Sambut Ulang Tahun ke-5
2017-11-20 10:51:54 CRI Cetak

Majlis sambutan ulang tahun ke-5 penubuhan Pusat Kebudayaan China di Bangkok diadakan pada 18 November lalu, dihadiri hampir 400 tokoh dari China dan Thailand.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Kreangam menyatakan bahawa budaya China yang bersejarah lama merupakan khazanah bagi bangsa China malah dunia. Budaya itu memiliki pesonanya tersendiri dan telah menjadi sebahagian kehidupan rakyat Thailand.

Beliau berharap pusat tersebut dapat menyebarluaskan budaya China dalam kalangan rakyat tempatan, sehingga menjadi batu asas bagi ikatan persahabatan dan pembangunan bersama kedua-dua negara.

Duta Besar China ke Thailand, Lv Jian dalam ucapannya pula berkata, pusat tersebut telah menganjurkan lebih 600 aktiviti kebudayaan sepanjang lima tahun lalu, yang mendorong kerjasama interaksi kebudayaan China-Thailand. Hal ini merupakan hasil cemerlang usaha sama kedua-dua negara.

Menurut beliau, interaksi kebudayaan merupakan langkah penting bagi melaksanakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta mendorong persefahaman dalam kalangan rakyat. Oleh itu, pusat tersebut diharap dapat terus berusaha untuk mempamerkan imej negara China yang sebenar dari segenap aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China