Cari:
China Cadangkan Bina Koridor Ekonomi China-Myanmar
2017-11-20 13:11:12 CRI Cetak

China mencadangkan agar Koridor Ekonomi China-Myanmar yang berbentuk huruf "Y" dibina supaya membentuk pola kerjasama yang disokong secara tiga pihak.

Cadangan ini dikemukakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika berunding dengan Penasihat Negara merangkap Menteri Luar Myanmar, Aung San Su Kyi di Naypyidaw semalam.

Wang dalam sidang media selepas rundingan itu menyatakan bahawa China melihat Myanmar sebagai rakan penting dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Kedua-dua negara ini boleh saling melengkapi, dan potensi kerjasama amat besar.

Demi memperkukuh perkongsian strategik komprehensif serta kerjasama pragmatik kedua-dua negara, China bersedia membincangkan pembangunan koridor ekonomi itu berdasarkan pelan pembangunan negara dan keperluan sebenar Myanmar.

Koridor berbentuk huruf "Y" yang dicadangkan China itu bermula dari provinsi Yunnan, China di sebelah utara, melalui sempadan China-Myanmar ke Mandalay di sebelah selatan, kemudian menyambungkan bandar baharu Yangon di sebelah timur dengan zon ekonomi khas Kyaukpyu di sebelah barat.

Kerjasama ini dijangka membantu kesalinghubungan projek-projek pembangunan utama di sekitar koridor itu, selain menggalakkan pembangunan seimbang di seluruh Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China