Cari:
Wang Yi Temu Menteri Luar Kemboja
2017-11-21 11:37:03 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Prak Sokhonn dalam tempoh mesyuarat menteri-menteri luar Asia dan Eropah di Naypyidaw, Myanmar semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Wang Yi berkata, China menyokong usaha Kemboja untuk mengekalkan kestabilan politik dan membangunkan ekonomi. China yakin kerajaan Kemboja mampu menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara, menjamin kelancaran pilihan raya pada tahun depan dan mempercepat proses pembangunan negara.

2018 merupakan ulang tahun ke-60 penjalinan hubungan diplomatik China-Kemboja. Hubungan kedua-dua negara kini berdepan dengan peluang perkembangan baharu.

China bersedia terus mengintensifkan kerjasama strategik dengan Kemboja bagi melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang baharu.

Wang Yi berharap kedua-dua pihak dapat terus mendorong perkembangan mekanisme kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang dianggap wadah penting bagi kerjasama subkawasan.

Prak Sokhonn pula mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan dan bantuan yang diberikan selama ini, serta menyampaikan undangan kepada pemimpin China untuk menghadiri Sidang Kemuncak LMC ke-2 di Kemboja, awal tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China