Cari:
Duterte Mahu Buka Pasaran Telekom kepada China
2017-11-22 13:59:46 CRI Cetak

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque kelmarin menyatakan bahawa Presiden Duterte telah memutuskan untuk menamatkan monopoli industri telekomunikasi di negaranya, dan akan membuka pintu kepada syarikat operator dari China.

Roque berkata, langkah tersebut bermanfaat bagi rakyat Filipina. Menurutnya, keputusan untuk memfokuskan syarikat China dibuat setelah mengambil kira kelebihan mereka dari segi modal dan teknologi. Operator telekomunikasi China dianggap mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien.

Filipina turut melihat kerjasama ini sebagai peluang yang dapat membantu usaha memulihkan hubungan persahabatan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China