Cari:
Fujian, China Jalin Kerjasama dengan Kemboja
2017-11-22 14:00:28 CRI Cetak

Rundingan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara provinsi Fujian, China dengan Kemboja telah diadakan di Phnom Penh semalam.

Kaunselor Perdagangan dari Kedutaan Besar China di Kemboja, Li An berkata, Fujian antara hab penting bagi kegiatan perniagaan dan perdagangan maritim di China sejak dahulu lagi, dan salah satu provinsi yang pertumbuhan ekonominya pesat. Kerjasama dengan Kemboja mempunyai prospek yang cerah.

Naib Pengarah Jabatan Perdagangan provinsi Fujian, Huang Dezhi pula menyatakan bahawa jumlah import dan eksport Fujian dengan Kemboja telah mencatat USD250 juta (RM1 bilion) pada tahun lalu. Dalam tempoh antara Januari hingga September tahun ini pula, jumlah tersebut mencecah USD180 juta (RM742 juta).

Kini, sebanyak 18 projek sedang dijalankan di Kemboja dengan pelaburan syarikat Fujian yang bernilai USD380 juta (RM1.6 bilion). Antara sektor yang terlibat termasuk pertanian, penternakan dan perikanan, pembuatan pakaian serta perhotelan dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China