Bengkel untuk menjana pengeksportan negara-negara di Asia dan subkawasan Sungai Lancang-Mekong dirasmikan di Kunming, provinsi Yunnan, China semalam.
Peserta bengkel itu termasuk lebih 30 wakil kerajaan dan syarikat melibatkan industri pemprosesan kulit, barang kemas, sutera dan makanan, dari Bangladesh, Nepal, Laos, Myanmar dan Kemboja.
Bengkel anjuran bersama Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan Suruhanjaya Penggalakan Perdagangan provinsi Yunnan itu bertujuan membekalkan pengetahuan yang boleh membantu merancakkan pengeksportan ke China.
Pegawai Pusat Latihan CCPIT, Wang Li berkata, bengkel ini diadakan di Yunnan kerana ia mempunyai lokasi penting di subkawasan Sungai Lancang-Mekong dan merupakan jambatan penting antara China dengan kawasan tersebut.