Cari:
Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan China-ASEAN
2017-11-23 13:07:12 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Penerangan China-ASEAN diadakan di Suzhou, provinsi Jiangsu, China semalam.

Mesyuarat itu memfokuskan tema "meningkatkan kerjasama pragmatik dalam bidang penerangan, membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat" serta meluluskan Inisiatif Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan China-ASEAN.

Naib Menteri Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara, Jiang Jianguo, menteri atau wakil menteri penerangan dari Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Thailand, serta wakil-wakil dari jabatan kerajaan China berkenaan.

Jiang Jianguo dalam ucapannya menyebut bahawa Presiden China, Xi Jinping telah melahirkan komitmen teguh China untuk mengembangkan kerjasama muhibah dengan ASEAN agar mewujudkan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat, ketika bertemu dengan pemimpin ASEAN sempena persidangan APEC di Vietnam baru-baru ini. Hal ini bukan sahaja melakar prospek cerah bagi hubungan kedua-dua pihak, bahkan menetapkan hala tuju pertukaran dan kerjasama antara media.

Sehubungan itu, Jiang mengemukakan empat cadangan, iaitu menyatukan suara demi kedamaian dan kestabilan Asia, berkongsi aspirasi terhadap kemakmuran dan pembangunan, membina mod kerjasama yang menang-menang, dan mendorong dialog tamadun Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China