Cari:
Konsul Jeneral China Keluarkan Amaran Pelancongan ke Bali
2017-11-23 13:09:00 CRI Cetak

Konsul Jenaral China di Denpasar, Indonesia mengeluarkan amaran pelancongan kepada warga China supaya mengelakkan berkunjung ke kawasan di sekitar Gunung Agung, Bali, selepas gunung berapi itu meletus petang kelmarin.

Pelancong China turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan.

Menurut laporan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, gunung berapi itu mengeluarkan asap tebal setinggi 700 meter yang ditiup perlahan-lahan ke arah tenggara.

Menurut maklumat lain, aktiviti seismos terus dikesan di Gunung Agung sejak penghujung bulan September lalu, menandakan kemungkinan berlaku letusan lagi.

Beberapa puluh ribu penduduk di kawasan sekitar gunung berapi itu telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China