Cari:
Laluan Penerbangan Zhengzhou-Beihai-Da Nang Dibuka
2017-11-23 13:10:16 CRI Cetak

Laluan penerbangan antarabangsa antara Zhengzhou, provinsi Henan China dan Da Nang, Vietnam dengan persinggahan di Beihai, Guangxi mula beroperasi secara rasmi semalam.

Ini merupakan laluan penerbangan awam pertama yang menghubungkan kawasan pedalaman dan pelabuhan di selatan China dengan Vietnam.

Penerbangan yang dikendalikan oleh China Southern Airlines (CSAIR) dijadualkan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

Li Xiaofeng, Timbalan Pengurus Besar pejabat CSAIR di Henan menyatakan bahawa Zhengzhou merupakan fulkrum penting jalan sutera udara pada zaman ini, manakala Beihai tempat kapal berlepas mengikut jalan sutera laut purba. Pembukaan laluan penerbangan baharu ini akan menggalakkan pembangunan bersepadu jalan sutera secara berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China