Cari:
Dua Menteri Baharu Dilantik Myanmar
2017-11-25 15:55:10 CRI Cetak

Presiden Myanmar, Htin Kyaw telah mengumumkan perintah Presiden No.29 2017 pada 23 November lalu tentang pelantikan dua menteri baharu, iaitu U Thaung Tun dilantik sebagai Menteri Pejabat Kerajaan Persekutuan, manakala U Kyam Tin dilantik menjawat jawatan Menteri Kerjasama Antarabangsa.

Parlimen Myanmar telah meluluskan cadangan dikemukakan Htin Kyaw berhubung "menambah dua kementerian kerajaan, iaitu Kementerian Pejabat Kerjaaan Persekutuan dan Kementerian Kerjasama Antarabangsa" pada hari yang sama.

U Thaung Tun yang dilahirkan di Taungzun pada 1947 pernah menjawat jawatan Duta Besar dalam Kementerian Luar Myanmar, dan kini menjawat jawatan Penasihat Keselamatan Negara dalam kerajaan persekutuan. Selain itu, U Kyaw Tin yang dilahirkan pada 1955 di Wentho menjawat jawatan Naib Menteri Luar pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China