Cari:
Peguam Negara China Mengadap Sultan Brunei
2017-11-27 13:25:15 CRI Cetak

Peguam Negara China, Cao Jianming telah mengadap Sultan Brunei Darussalam, Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan petang semalam.

Cao Jianming dalam pertemuan itu mengucapkan terima kasih kepada Sultan Hassanal Bolkiah atas sokongan baginda untuk meningkatkan komunikasi antara jabatan peguam kedua-dua negara, serta penganjuran Sidang Peguam Negara China-ASEAN ke-11.

Beliau berkata, Jabatan Pendakwa Rakyat Tertinggi China akan bersama-sama Pejabat Peguam Negara Brunei melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama pragmatik yang saling menguntungkan dan menyumbang kepada kerjasama strategik.

Sultan Hassanal Bolkiah mengalu-alukan lawatan Cao Jianming ke Brunei. Kata baginda, Brunei amat mementingkan hubungan dengan China dan bersedia memperkukuh rasa saling mempercayai dalam bidang politik serta memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, demi faedah rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China