Cari:
Konsul Jeneral China Keluarkan Amaran Pelancongan ke Bali
2017-11-27 13:26:24 CRI Cetak

Konsul Jeneral China di Denpasar, Indonesia mengeluarkan amaran pelancongan kepada warga China supaya mengelakkan berkunjung ke kawasan di sekitar Gunung Agung, Bali, selepas gunung berapi itu meletus sekali lagi pada petang 25 November lalu.

Pelancong China turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan.

Menurut laporan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, gunung berapi itu mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter yang ditiup perlahan-lahan ke arah timur dan tenggara.

Konsul Jeneral China menyatakan, amaran penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai telah ditingkatkan ke tahap tertinggi, iaitu "merah". Sesetengah syarikat penerbangan telah membatalkan penerbangan ke Bali.

Selain itu, beberapa puluh ribu penduduk di kawasan sekitar gunung berapi itu telah diatur berpindah ke tempat yang selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China