Cari:
Eksport ASEAN ke Xiamen Meningkat Pesat
2017-11-28 12:55:28 CRI Cetak

Jumlah produk ASEAN yang diimport oleh Xiamen, provinsi Fujian China meningkat pesat sepanjang sepuluh bulan pertama tahun ini.

Dalam tempoh tersebut, Biro Kuarantin dan Pemeriksaan Keluar Masuk Xiamen merekodkan jumlah import dari ASEAN meningkat 27.36% berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat USD2.71 bilion (RM11.2 bilion).

Thailand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Singapura merupakan sumber import utama, dengan jumlah produk menduduki 85% keseluruhan eksport ASEAN ke China melalui Xiamen.

Antaranya, Thailand di tangga teratas dengan jumlah eksport mencecah USD884 juta (RM3.6 bilion), naik 55% berbanding tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China