Cari:
Selatan Thailand Dilanda Banjir
2017-11-30 15:09:59 CRI Cetak

12 wilayah di selatan Thailand termasuk Songkla, Phatthalung, Yala dan Pattani terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat yang dibawa angin monsun timur laut.

Menurut Bangkok Post, banjir paling teruk dilaporkan di Yala, dengan lebih 200 ribu penduduk terjejas dan hampir 1,200 hektar tanah pertanian ditenggelami air bah.

Di Phatthalung, kawasan pertanian yang terjejas mencecah 4,800 hektar, manakala di Pattani, angin kencang telah mengakibatkan 20 rumah penduduk rosak.

Banyak sekolah di kawasan bencana telah ditutup sehingga diberitahu kelak.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan bahawa hujan lebat akan berlarutan di selatan negara itu, dan banjir di kawasan terbabit dijangka bertambah buruk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China