Cari:
Malaysia Teroka Pasaran Durian China
2017-12-04 13:54:07 CRI Cetak

Durian dan produk durian antara yang paling laris dijual melalui Alibaba, gergasi e-dagang China.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini.

Dalam Pesta Durian Malaysia yang diadakan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi bulan lalu, kira-kira 165 ribu orang berbaris untuk mencuba durian Musang King dari Malaysia. Kebun durian di Malaysia juga dibanjiri pelancong China.

Berdasarkan statistik, jumlah import durian segar oleh China meningkat 26% secara purata setahun sepanjang 10 tahun lalu, dengan skala pasaran USD1.1 bilion (RM4.5 bilion) pada tahun lepas.

Kini, Thailand mendominasi pasaran durian segar China. Malaysia berharap "diplomasi durian" dapat membantu memvariasikan produk duriannya di pasaran China, selain durian beku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China