Cari:
AS, Filipina Adakan Dialog Strategik
2017-12-04 15:47:31 cri Cetak

AS dan Filipina mengadakan dialog strategik di Washington baru-baru ini untuk membincangkan isu-isu politik, keselamatan dan kerjasama ekonomi.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada 1 Disember lalu, kedua-dua pihak akan mengintentifkan kerjasama dalam usaha memerangi keganasan dan penyeludupan dadah rentas sempadan, serta menjamin keselamatan maritim.

Kedua-dua pihak juga bersetuju meningkatkan sinergi dalam misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, menjaga keselamatan ruang siber serta membanteras penyeludupan manusia.

Hasrat turut dilahirkan untuk memperkasakan kerjasama serantau dalam rangka kerja seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), di samping membuat pelan tindakan bersama untuk memelihara kestabilan serantau serta menggalakkan integrasi ekonomi dan kesalinghubungan.

Menyentuh keadaan semasa di Filipina, pihak AS menyatakan kesediaan untuk terus menyokong kempen antikeganasan negara itu dan pembinaan semula bandar Marawi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China