Cari:
Prospek Kerjasama Ekonomi China, Malaysia Cerah
2017-12-12 12:08:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Malaysia mempunyai prospek yang cerah.

Demikian dinyatakan oleh Bai Tian, Duta Besar China ke Malaysia yang baru dilantik, ketika berucap dalam jamuan sempena pelantikan beliau yang diadakan di Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.

Bai Tian dalam ucapannya berkata, kerjasama antara kedua-dua negara telah menjadi tumpuan utama berikutan hubungan dua hala diintensifkan dari segenap aspek beberapa tahun kebelakangan ini.

China menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia selama lapan tahun berturut-turut. Pada 2016, China juga menjadi negara sumber modal asing terbesar bagi industri perkilangan Malaysia.

Pada masa yang sama, penubuhan bank perkhidmatan penjelasan RMB China di Malaysia dijangka akan memperluas integrasi penanaman modal antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China