Cari:
Thailand Tumpas Sindiket Penyeludupan Dadah
2017-12-12 14:37:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lima orang pedagang haram dadah ditembak mati dan sejumlah besar dadah dirampas dalam pertempuran antara polis dan tentera Thailand dengan sindiket penyeludupan dadah di kawasan pergunungan sempadan antara wilayah Chiang Rai, Thailand dan Myanmar pada 9 Disember lalu.

Menurut tentera tempatan, operasi itu dilaksanakan bersama dengan polis pengawal kawasan sempadan pada malam hari itu.

Suspek pengedar dadah tersebut dipercayai digaji oleh sindiket dari negara jiran unutk menyeludupkan dadah ke Thailand melalui sempadan dengan Myanmar.

Sebelum ini, polis dan tentera Chiang Mai telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah pada 5 Disember lalu, yang mengakibatkan empat penyeludup ditembak mati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China