Cari:
Penerbangan Terus Jieyang-Naypyidaw Beroperasi
2017-12-12 14:39:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Laluan penerbangan terus antara bandar Jieyang, provinsi Guangdong dengan Naypyidaw, Myanmar kendalian syarikat Shanshou, subsidiari China Southern Airlines (CSAir) memulakan operasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chaoshan, bandar Jieyang, provinsi Guangdong, China pada 11 Disember lalu.

Empat pesawat membawa lebih 700 orang saudagar batu jed dan permata dari bandar Jieyang, Shantou dan Chaozhou untuk menyertai Pameran Batu Jed dan Permata Myanmar ke-55 yang berlangsung di Naypyidaw pada 12 hingga 21 Disember ini.

Pembukaan penerbangan Jieyang-Naypyidaw tersebut bukan sahaja memudahkan saudagar dari kawasan Chaoshan, Guangdong untuk membeli batu berharga di Naypyidaw, malah juga dapat memajukan kegiatan ekonomi dan perdagangan antara kawasan Chaoshan dengan Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China